Sabtu, 23 Jun 2012

SYAIR

Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud .Keempat - empat baris itu pula berirama sama.Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat ,sindiran , nasihat ,pengajaran ,agama,dan juga berasakan sejarah atau dongeng.



                                   CIRI CIRI BENTUK SYAIR

     Syair merupakan puisi terikat .Sebaris rangkap mempunyai empat baris .Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud dan isi cerita syair.Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambung dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut.Perkataan dalam setiap sebaris tetap 4-5 ,manakala bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam  sebaris.Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a/


                                                                               
                                           FUNGSI SYAIR

  •  Digunakan dalam adat perkahwinan
  • Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian - tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria.
  • Sesuai ketika sambutan maulud.
  • Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat.
  • Sebagai hiburan sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dikagukan dalam majlis majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian ,diperbandingkan atau dalam upacar - upacara adat
  •  Menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal - hal
    yang menyentuhkan aspek pengajaran agama islam dari rukun suara 'tukang lagu' dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan saterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.....


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan