Jumaat, 27 Julai 2012

PANTUN KASIH SAYANG

Dari mana pipit melayang
    Dari paya turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
   Dari mata turun ke hati

Air dalam bertambah dalam,
   Hujan di hulu belumlah teduh
hati dendam bertambah dendam
   dendam dahulu belumlah sembuh

ANALISA

i)ASONANSI     (pengulangan huruf vokal a)

cth: rangkap satu

dari mana pipit melayang
dari paya turun ke padi
dari mana datangnya sayang
dari mata turun ke hati

Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 21 kali

ii)ALITERASI  (pengulangan huruf konsonan m)

    contoh :rangkap 2

     air dalam bertambah dalam
     hujan di hulu belumlah teduh
     hati dendam bertambah dendam
     dendan dahulu belumlah sembuh

Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal m sebanyak 9 kali

iii)ANAFORA
    Rangkap 1 baris satu dan dua
     Dari  mana pipit melayang
     Dari  paya turun ke padi

iv)RESPONSI  (pengulangan kata di tengah baris)
    Rangkap 1(turun)

    dari mana pipit melayang
    dari paya turun ke padi
    dari mana datangnya sayang
    dari mata turun ke hati

PANTUN AGAMA

Bnyak hari antara hari
    Tidak semulia hari jumaat
Banyak nabi antara nabi
    Tidak semulia Nabi Muhammad

Anak ayam turun sepuluh.
    Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
   Minta ampun kepada tuhan


ANALISA PANTUN

  • mempunyai 2 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 patah perkataan dalam serangkap
  • mempunyai 9-11 bilangan suku kata
  • rima akhir adalah a,b,a,b
  • sejenis puisi yang terikat

NILAI KEINDAHAN

  • Gaya bahasa yang relevan
  • menggunakan ayat yang sesuai
  • figuratif
  • metafora
           cth:tidak semulia Nabi Muhammad
  • personafikasi
          cth:tidak semulia hari jumaat

GAYA PENEGASAN

REPETISI (pengulangan kata)
cth:semulia nabi

anafora (pengulangan awal ayat)
cth:banyak ,tidak

RESPONSI:(pengulangan tengah ayat)
cth: antara,semulia

INVERSI(ayat songsang)
cth: bayak hari anatara hari sepatutnya antara banyak hari hari

NADA;Nada Romantik




PANTUN BUDI

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga

Tenang tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
budi baik rasa nak junjung.

TEMA
Pantun budi bertemakan menghargai,membuat kebaikan dan mengingati budi seseorang

BENTUK PANTUN
  • jenis puisi ialah pantun
  • pantun ini ialah pantun budi
  • pantun budi ialah puisi terikat
  • puisi ini terdiri daripada 3 rangkap
  • bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama iaitu 4 baris serangkap
  • 2 baris pertama merupakan pembayanf manakala 2 baris berikut adalah maksud
  • bilangan kata dalam baris hampir sama ,iaitu antara 4-5 patah kata dalam satu baris
  • bilangan sukukata dalam setiap baris terdiri daripada 9-10 sukukata
  • rima akhir pantun ini ialah a,b,a,b
UNSUR ESTETIKA

pemilihan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun budi termasuklah;

a)anafora ,contohnya:
  hutang emas boleh dibayar
  hutang budi di bawa mati

b)epifora,contohnya:
  gunung daik bercabang tiga
  budu-i baik dikenang juga   [PENGULANGAN PADA AKHIR BARIS]

c)personafikasi,contohnya:
   hutang budi diwa mati  

d)hiperbola,contohnya;
budi baik rasa nak junjung [Menyatakan secara berlebih lebihan ]

e)inversi,contohnya:
hancur badan rasa nak junjung  sepatutnya badan hancur dikandung tanah

Antara unsur bunyi yang digunakn dalam pantun budi termasuklah ;

a)asonansi
   i)pengulangan bunyi vokal a
     cth rangkap 1:

      pisang emas dibawa belayar
      masak sebiji di atas peti
      hutang emas boleh dibaya
      hutang budi dibawa mati
     Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 18 kali

b)aliterasi
  i)pengulangan bunyi konsonan n
    contoh rangkap 2:

    pulau pandan jauh ke tengah 
    gunung daik bercabang tiga
    hancur badan dikandung tanah
    budi baik dikenang juga

   Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi konsonon n sebanyak 13 kali.

c)rima akhir - pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris

   contohnya:

   tenang tenang air di laut
   sampan kolek mudik ke tanjung
   hati terkenang mulut menyebut
   budu baik rasa nak junjung

NILAI

  • Nilai menghargai-contonhnya menghargai dan mengenang jasa seseorang yang dilakukan
  • Nilai kesederhanaan -contohnya bersikap kesederhanaan terhadp seseorang dengan melakukan kebaikan yang berkaitan dengan hal - hal keduniaan dan akhirat
  • Nilai kejujuran-contohnya sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh masyarakat.selain itu,kebaikan dan budi yang dilakukan akan dikenang sampai bila - bila.
FUNGSI PANTUN

  • Untuk menyampaikan pesanan
  • alat untuk mengajar dan didikan 
  • untuk menceritakan pandangan masyarakatkepada masa itu
  • untuk menggambarkan fikiran pada masa itu
  • sebagai alat komunikasi


 

MANTERA

DEFINISI TEROMBA

Mantera ialah salah satu genre puisi melayu tradisional adalah cerminan pemikiran dan kepercayaan masyarakat melayu yang mempengaruhi mereka mengikut peredran dan perubahan masa serta keadaan

Kecendurungan masyarakat melayu tradisional mengamalkan mantera juga berlandaskan kepentingannya yang dipercayai sebagai usaha dan ikhtibar ke arah kesempurnaan menjalani kehidupan

Khususnya talibun atau teromba ,prosa berirama dn teromba malah bentuknya juga hampir tidak terikat .Sesebuah manteradapat memenuhi maksudnya tanpa dibatasi oleh ukuran-ukuran tertentu ,baik dari segi jumlah perkataan ,baris, dan rangkap mahupun dari segi rima bentuk dan irama

Mantera juga dikatakan menggunakan kata kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib .Jampi ialah kata kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kesakitan .Contohnya ,menyembuh penyakit dan sebagainya .Mantera juga diberikan kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselematan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara upacara ritual ,pemujaan kepada penunggu dan semangat ,juga dalam kerja - kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan(supaya menjauhkan bala)

CIRI CIRI MANTERA

Dari segi bentuk :


  • Bentuk bebas @ tidak terikat
  • Jumlah baris dalam satu rangkap bebas
  • Jumlah rangkap bagi satu satu mantera juga adalah bebas
  • Rima akhir ialah bebas
Dari segi isi :

  • Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengn kata kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
  • Mengandungi unsur unsur unsur magis yang digunakan dalam upacara tertentu serta bersifat kudus
Dari segi bahasa :

  • Mengandungi kata kata yang dapat memberi kesan gambaran seperti gambaran alam semula jadi ,benda benda ,tingkah laku atau perbuatan,perasaan dan sentuhan ,bunyi dan pendengaran
  • kaya dengan bahasa perbandingan ,kata kata perulangan .kata kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora
JENIS JENIS MANTERA
  1. Perubatan
  2. pakaian diri
  3. pekerjaan 
  4. adat istiadat
FUNGSI MANTERA

  • Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai mengganggu sesuatu tempat @ yang mengganggu kehidupan seseorang dan mayarakat
  • Dijadikan sebagai pemanis,pangasih,dan pembenci
  • Digunakan dalam upacara upacara adat dan istiadat 
CONTOH MANTERA 

Aku tahu asal usulmu
Seri bersila mana asalmu
Seri berdiri nama batangmu
seri hidup asal usulmu
seri menempak nama daunmu
seri guntur nama bungamu
seri gintir nama buahmu

aku tahu asal usulmu
umbut mayang di umbunt 
umut dengan jala jemala
ulit mayang diulit
ulit dengan tuan  puteri 
puteri  2 berbaju serong 
puteri 2 bersnggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

umbut mayang diumbut
umbut dengan jala jemala
ulit mayang diulit
ulit dengan tuan puteri
puteri 2 berbaju serong
puteri 2 bersanggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

umbut mayang diumbut
umbut dengann jala jemala
ulit mayang diulit
ulit dengan puterinya enam 
puteri 2 berbaju serong
puteri 2 bersanggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

umbut mayang diumbut 
umbut dengan jala jemala
ilit mayang diulit
ulit dengan puterinya 7
puteri 2 berbaju serong
puteri 2 bersanggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

ulit mayang diulit
ulilt dengan jala jemala
ulit mayang diulit 
ulit dengan tuan puteri
kutahu asal usulmu
yang laut pulang ke laut
yang darat pulang ke darat
nasi berwarna hamba sembahkan

umbut mayang diumbut
umbut dengan jala jemala
pulih mayang kupulih
pulih baik sedia kala

Selasa, 17 Julai 2012

DEFINISI TEROMBA

merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi.puisi ini dikenali juga sebagi puisi adat.Adat yamg dimksudkan ialah Adat minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norm-norma hidup masyarakat khususnya tentang undung-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannnya

MAKSUD TEROMBA

  Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undung-undang adat yang diamalkan dalalm kehidupan sosial masyarakat negeri sembilan yang melahirkan dan mengamalkan adat perpatih .Oleh itu,teroba yang ditulas merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai puisi adat.


JENIS TEROMBA


  • TEROMBA MERISIK DALAM ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN
  • TEROMBA PERSEFAHAMAN DAN TOLONG MENOLONG
  • TEROMBA ADAT SEBENAR ADAT
  • TEROMBA TONGGAK NILAI

FUNGSI TEROMBA

  1. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup dan hidup masyarakat yang baik seta harmoni melalui adat,peraturan,dan undangundang yang dibentuk
  2. menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat
  3. Uuntuk menggambarkan masyarakat yang mempunyai nilai estetika
CIRI TEROMBA

  • sejenis puisi berbentuk bebasdan tidak terikat
  • mengandungi 7 rangkap
  • jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap satu mengandungi 14
  • rangkap 2 ,16 baris serangkap
  • rangkap 4,6 baris serangkap
  • rangkap 17,baris serangkap
  • rangkap 6,7 baris serangkap dan rangkap 7,9 baris serangkap
  • rima akhir tidak tetap
  • jumlah perkataan 
CONTOH TEROMBA

PERSEFAHAMAN DAN TOLONG MENOLONG

Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat
Faham sesuai benar seukur
Bulat segolek ,pipih selayang
Rundingan jangan selisih
mufakat jangan bercanggah

Tuan pada sekata
Berani pada seia
Berat sama dipikul
Ringan sama  dijinjing
Yang tidak ada sama dicari
Sama sakit,sama senang
Ke bukit sama mendaki
le luaran sama menuruni sama mengayun sama melangkah

Jika khabar baik diberitahu
Jika khabar buruk serentak didatangani
jika jauh ingat mengingati
Jika dekat temu menuruni

dapat sama labu 
hilang sama rugi

CIRI CIRI TALIBUN


  • Ia merupakan jenis puisi bebas iaitu tiada rima akhir yang tetap,terkadang sama ,terkadang tidak.
  • Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian .Oleh itu banyak insur hiperbola selain metafora
  • Isinya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperincian
  • Ia tiada pembayang
  • gaya bahasa yang meluas dan lumrah dengan memberi penekanan kepada bahasa yangberirama seperti berlakunya pengulangan


JENIS JENIS TALIBUN

  • TALIBUN CAMOPURAN
  • TALIBUN BERULANG
  • TALIBUN BEBNAS

FUNGSI TALIBUN

  • Talibun memerlukan secara terperinci ntentang sesuatu gambaran seperti suasana,benda dan siifat manusia dalam bentuk ringkas ,teliti dan menyeluruh
  • Merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu,tetapi disusun dan dibnentuk dengan keindahan terutamanya dalam gaya bahasa
CONTOH TALIBUN

TALIBUN CAMPURAN

Lanhkah disususn satu persatu
meredah belantara menyusur belukar
keringat menitis membasahi baju
tebas dilalui walaupun sukar


Air sungai,lembah dan paya
menjadi minuman penghilang dahaga 
buah - buahan  turut dirasa
di samping bekalan yang sama ada

bertemu lurah terus dituruni
sungail lebar terpaksa kurenangi
duduk sebentar melunjur kaki
terlena hingga matahari terbenam

DEFINISI TALIBUN

  Beberapa ramai antara kita terutama generasi muda yang penah mendengar perkataan talibun.mungkin ada yang mendengar tetapi tidak begitu pasti apakah ia atau dengan apa.Definisi umum bagi talibun menurut kamus dewan (2005)ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada 4 baris ,6 baris  ataua 20 baris yang bersaja du hujungnya ,Talibun memepunyai beberapa persamaan dengan Teromba dari segi rima dan mempunyai bentu yang hampir sama dengan proses lirik atau prosa berirama .Walaubagaimanapun,talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerna talibun merupakan sebahagian sahaja daripads cerita yang diambil prosa lirik

CONTOH GURINDAM DAN JENIS GURINDAM



  • Gurindam serangkap 2 baris
  • gurindam serangkap 4 baris
  • gurindam bebas

CONTOH GURINDAM

Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat

Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih

Apabila banyak mencela orang
itulah tanda dirinya kurang

Apabila orang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur

Apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar

FUNGSI GURINDAM


  1. Gurinam merupakan fungsi dan peranannya dalam masyarakat melayu iaitu sebagai tujuannya ilah didikan ,gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis majlis formal.

     2. Unsur -unsur pendidikan yang diketengahkan ialahiman dan moral yang baik

CIRI CIRI GURINDAM


  • Gurindam bahasanya selalu padat, bernas dan isinya lebih cenderung kepada ruang dan sukacita sebagai nyanyian jenaka,senda gurau,kelakar dan sindiran
  • berangkap dan bentuk terikat
  • bentuk terikat mempunyai baris pertama sebagi syarat /soalan dan baris ke 2 merupakan isi /jawapan .mempunyai jumlah perkataan sebaris 2-4 atau 4-6 ,manakal sukukata sebaris diantara 8-10 atau 12-14
  • bentuk  bebas mempunyai satu rangkap .bentuk bebas merupakan isi/maksud/sampiran .Jumalah baris serangkap tidak tentu ,rima akhir juga bebas 
  • dilafazkan secar berlagu

  • isi digunakan bersifat objektif /serius/tiada unsur jenaka/lucu/gurauan ...

DEFINISI GURINDAM

  Menurut Ismail Hamid (1989),istilah gurindam berasal daripada bahasa sanskrit .Walaupun berasal daripada bahasa asing,tetapi dalam perkembangan puisi melayu ,gurindam yang berkembang dalam tradisional lisan melayu mempunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa sanskrit .Menurut Raja Ali Haji ,"...adapun gurindam itu iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja ,jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab"(sultan Takdir Alisjahbana 1954)

  Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji,Sultan Takdir Alissahbana 1954.menjelaskan pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk .yang dibahagi menjadi 2 baris yang bersajak .Tiap- tiap baris itu ialah sebuah kalimat ,dan perhubungan antara 2 buah kalimat bisanya ialah perhubunagan antara anak kalimat dengan induk kalimat.Jumalah sukukata ,tiap-tiap baris itu tidak ditentukan .Demikian juga rimanya tidak tetap.

   Gurindam juga merupakan puisi yang tidak mengandungi sukutan yang tetap .Puisi ini mengandungi fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.Menurut kata Raja Ali Haji dan Sultan Takdir Alisjahbana .

   Sebelum itu, dalam pelita bahasa Melayu penggal III (1957).Za'ba pernah mengatakan bahawa "gurindam dan seloka lebih kurang sama ,iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur ,berangkap- rangkap dan tiada tetapi sukatnya .timbangannya dan sajaknya.Maka, jika ada pun perbezaannya antara dua itu ialah pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu:

CONTOH SELOKA

SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang pak kaduk
ayamnya menang kampung tergadai
ada nasi dicurahkan
awak pulang kebuluran
hai mudik menongkah pasang
ada isteri dibunuh
nyaris nati oleh tak makan
masa belayar kematian angin
sauh dilabuh bayu berpuput
ada ruimah bertandang duduk
aduhai malang pak kaduk.

SELOKA SI LUNCAI

Sikap si luncai,biarkan,biarkan....
ada rumah tidak dijaga
ada anak tidak dilatih
ada ternakan tidak dibela
ada kebun tidak ditanam
ada cerdik tidak selidik
ada belajar kepalang ajar
ada mengaji tiada mengkaji
ada mata tiada kuasa
ada kuat tiada buat
biarkan,biarkan.....
si luncai pun terjun

CIRI CIRI SELOKA


  • Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
  • Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat)dan (unit maksud anak kalimat)
  • Perkataan sindiran dan ejekan dismpaikan dalam bentuk serangkap.
  • Mengandungi unsur jenaka dan gurau senda 
  • Digunakan untuk menyindir smabil mengajar

DEFINISI SELOKA

  Seloka bermaksud berasal daripada perkataan sanskrit shloka.Dalam bahasa melayu seloka. seloka bererti seloroh,berjenaka atau menyindir.Seloka dipercayai datang ke alam melayu bersama -sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terkawal yang ditulis dalam bentuk seloka.

  Sebagai puisi tradisional ,karangan berangkap atau bahasa berirama ,seloka lebih merupakan pepatah ,bidalan,atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,gurau senda,olakan, ejekan, dan sindiran


   Walaupunseloka merupakan puisi bercorak senda gurau namun mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca .Kebanyakan seloka melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris.Serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair.Selain itu,seloka yang ditulis dalam bentuk bebas ,iaitu setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan

REKAAN SYAIR

Dua tempat yang jauh terpisah,
terpisah oleh kemahuan yang ghairah ,
Bertemu disini amatlah berfaedah,
Terikat persaudaraan dan hilang gundah.

Berdendang,beriman,dan ghairah,
Mengajuk beri,berpegangan tangan,
Di bulan mengambang terkeluar sindiran.

Anak angkat mengikat keluarga,
Duduk aman amatlah mesra
Setelah seminggu rasanya seketika
segan dan silu tak lagi ada.

Dalam bermesra disini kalian ,
Kehendak tuhan menutup pertemuan,
Dua bersaudara membuat perpisahan
Merahlah mata mereka bertangisan.

Air mata tak disini dibuang
Sapu ke tuala bawalah pulang,
Berguna buat azimat berjuang,
Atau senjata nak pergi ke ladang