Selasa, 7 Ogos 2012

PANTUN NASIHAT

Tanam bunga di dalam pasu,
  Bunga melati bunga pandan
jangan ikut hawa nafsu
 Kelak nanti binasa badan

Burung tiung terbang tinggi
  Burung merpati mencari sarang
Kalau sombong meninggi diri
 Kemana pergi dibenci orang

TEMA;
Menasihati agar menjaga perakuan dan sentiasa memunasbahkan diri kemana sahaja kita pergi agar tidak dibenci orang

CIRI -CIRI PANTUN

  • PUISI INI PUISI PANTUN
  • JENIS PANTUN INI  PANTUN NASIHAT
  • MEMPUNYAI 4 BARIS SERANGKAP
  • 1 BARIS TERDAPAT 4-5 PATAH PERKATAAN 
  • BILANGAN SUKU KATA 8-9 SUKU KATA 
  • PANTUN TERIKAT 
  • RIMA AKHIR IALAH a,b,a,b

UNSUR ESTETIKA


  • Hiperbola:kemana pergi dibenci orang
  • Anafora:rangkap 2
         contoh:burung tiung terbang tinggi
                    burung merpati mencari sarang

  • inversi:ke mana pergi dibenci orang sepatutnya pergi kemana dibenci orang
  • asonansi: rangkap 1 baris 1
           (tanam bunga di dalam pasu)
           asonansi a ada 6 di dalam baris

  • Aliterasi : rangkap 2 baris 1
         (burung merpati mencari sarang)
          Aliterasi r ada 4 di dalam baris

  • rima akhir: a,b,a,b
  • jeda : tanam bunga,di dalam pasu
NILAI
  1. Nilai dalam rangkap 1 ialah nilai keinsafan ,menyedarkan manusia bahawa jangan mengikuti hawa nafsu apabila melakukan sesuatu
  2. Nilai dalam rangkap 2 ialah nilai kesedaran ,kemana sahaja kita pergi haruslah menjaga sikap dan tertib apabila bersama dengan individu lain.


1 ulasan: