Jumaat, 27 Julai 2012

MANTERA

DEFINISI TEROMBA

Mantera ialah salah satu genre puisi melayu tradisional adalah cerminan pemikiran dan kepercayaan masyarakat melayu yang mempengaruhi mereka mengikut peredran dan perubahan masa serta keadaan

Kecendurungan masyarakat melayu tradisional mengamalkan mantera juga berlandaskan kepentingannya yang dipercayai sebagai usaha dan ikhtibar ke arah kesempurnaan menjalani kehidupan

Khususnya talibun atau teromba ,prosa berirama dn teromba malah bentuknya juga hampir tidak terikat .Sesebuah manteradapat memenuhi maksudnya tanpa dibatasi oleh ukuran-ukuran tertentu ,baik dari segi jumlah perkataan ,baris, dan rangkap mahupun dari segi rima bentuk dan irama

Mantera juga dikatakan menggunakan kata kata yang diucapkan untuk mendapatkan sesuatu dengan kuasa ghaib .Jampi ialah kata kata tertentu yang diucapkan untuk mendapatkan kesakitan .Contohnya ,menyembuh penyakit dan sebagainya .Mantera juga diberikan kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselematan daripada segala bencana iaitu digunakan dalam upacara upacara ritual ,pemujaan kepada penunggu dan semangat ,juga dalam kerja - kerja bersangkut paut dengan pertanian dan menangkap ikan(supaya menjauhkan bala)

CIRI CIRI MANTERA

Dari segi bentuk :


  • Bentuk bebas @ tidak terikat
  • Jumlah baris dalam satu rangkap bebas
  • Jumlah rangkap bagi satu satu mantera juga adalah bebas
  • Rima akhir ialah bebas
Dari segi isi :

  • Mengandungi pengucapan dan doa yang penuh dengn kata kata pujian dengan tujuan membawa keuntungan dan menjauhkan bencana.
  • Mengandungi unsur unsur unsur magis yang digunakan dalam upacara tertentu serta bersifat kudus
Dari segi bahasa :

  • Mengandungi kata kata yang dapat memberi kesan gambaran seperti gambaran alam semula jadi ,benda benda ,tingkah laku atau perbuatan,perasaan dan sentuhan ,bunyi dan pendengaran
  • kaya dengan bahasa perbandingan ,kata kata perulangan .kata kata kiasan atau kiasan bahasa dan metafora
JENIS JENIS MANTERA
  1. Perubatan
  2. pakaian diri
  3. pekerjaan 
  4. adat istiadat
FUNGSI MANTERA

  • Menyembuhkan penyakit dan menghalau makhluk halus yang dipercayai mengganggu sesuatu tempat @ yang mengganggu kehidupan seseorang dan mayarakat
  • Dijadikan sebagai pemanis,pangasih,dan pembenci
  • Digunakan dalam upacara upacara adat dan istiadat 
CONTOH MANTERA 

Aku tahu asal usulmu
Seri bersila mana asalmu
Seri berdiri nama batangmu
seri hidup asal usulmu
seri menempak nama daunmu
seri guntur nama bungamu
seri gintir nama buahmu

aku tahu asal usulmu
umbut mayang di umbunt 
umut dengan jala jemala
ulit mayang diulit
ulit dengan tuan  puteri 
puteri  2 berbaju serong 
puteri 2 bersnggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

umbut mayang diumbut
umbut dengan jala jemala
ulit mayang diulit
ulit dengan tuan puteri
puteri 2 berbaju serong
puteri 2 bersanggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

umbut mayang diumbut
umbut dengann jala jemala
ulit mayang diulit
ulit dengan puterinya enam 
puteri 2 berbaju serong
puteri 2 bersanggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

umbut mayang diumbut 
umbut dengan jala jemala
ilit mayang diulit
ulit dengan puterinya 7
puteri 2 berbaju serong
puteri 2 bersanggul serong
puteri 2 bersubang gading
puteri 2 berselendang kuning

ulit mayang diulit
ulilt dengan jala jemala
ulit mayang diulit 
ulit dengan tuan puteri
kutahu asal usulmu
yang laut pulang ke laut
yang darat pulang ke darat
nasi berwarna hamba sembahkan

umbut mayang diumbut
umbut dengan jala jemala
pulih mayang kupulih
pulih baik sedia kala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan