Rama rama cantik , keli panjang
sayang cantik , abang sayang.
Sirama rama naik perahu
lama lama buat tak tahu
Bunga disimpan di dalam peti
Harap diingat dalam hati.
Layang layang terbang tertinggi
masih teringat rupamu lagi.
PANTUN 4 KERAT
Itik betina,itik jantan
Elok disimpan dalam peti
Kasih dan sayang bukan mainan
Harap diingat dalam hati.
Layang layang terbang tinggi
hati terkenang wajah terbayang
Masih teringat rupamu lagi
Bernasib malang tiada yang sayang.
PANTUN 6 KERAT
Sarat membawa bubu cencaru,
Gelama tak ditangkap lagi
Kail tersadung ditepi gantang
Yang cantik kekasih baru
Yang lama tidak kenang lagi
Bagaikan mulukut di tepi gantang.
Anak burung,anak biawak
Saya cintakan awak
Abang pergi ke pekan beli sutera
Akan abang meminang segera
Batas pergaulan sentiasa dijaga.
PANTUN 8 KERAT
Terletak jauh dalam hutan
sarang lebah dicelah dahan
berbisa sungguh pabila diserang
bunyi gerunannya sangat menakutkan
Bersyukur aku pada tuhan
aman dan damai tiada peperangan
jangan berharap kasihan orang
melatih diri dengan kecekalan .
Cantik bulumu burung merak
warna warni kembang mekar
lenggang lenggok kakimu berjalan
memusing dunia menonjol kecantikan
Berbangga diri dengan riak
berlindung diri dalam sukar
adat dan sopan ditinggalkan
lumrah manusia dalam kehidupan
PANTUN 10 KERAT
Anak kucing ,anak biawak
saya sayang awak
laut penuh ikan yu
i love you
singgah sungai mancing kura kura
sayang jangan nak pura pura
sawah tepi paya
awak sayang saya
makan mee di gerai
jangan pergi nak menggatai.
Sakit hati rasa pedih
dalam peti ubatnya habis
mahu jumpa pada siapa
mampu berserah kehadrat ilahi
menjelang malam diri berseorangan
apabila hati semakin pedih
mata mula menangis
badan terkujur mengenang dosa
berusaha aku membetul diri
dekatkan diri kepada tuhan
PANTUN 12 KERAT
Buat pondok ditengah hutan
hutan ditebas buat halaman
di halaman tanam sayuran
belakang pondok ada sungai
airnya jernih banyak ikan
ikan selar ditangkap makan
Datangnya dugaan perlulah bertahan
itulah tanda orang beriman
mengajak teman membuat kebaikan
amal ibadat sentiasa diingati
tubuh dan badan tidak dihiraukan
berpenat lelah mencari pekerjaan
Ikan emas berkilau kilau
anak itik disangka ayam
bertani dimusim hujan
dapat hasil dibelah belah
pergi pekan jual hasilan
dapat hasil beli barangan
Pergi kota melilau lilau
sudah penat tersandar dihalaman
mengejar dunia ibadat ditinggalkan
rezeki menlimpah dikurnia allah
orang kampung dilupakan
makan dan minum tidak dihiraukan
PANTUN BERKAIT
Persisiran pantai pasirnya rata
datangnya ombak berlumba lumba
zaman kini mencari harta
laut menerpa hancur binasa
Datangnya ombak berlumba lumba
kota dihancur sekelip mata
laut menerpa hancur binasa
manusia bekerja sepenuh tenaga
Kota dihancur sekelip mata
hidupan laut meronta ronta
manusia bekerja sepenuh tenaga
memusnah alam tanpa diduga ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan