Selasa, 7 Ogos 2012

KAJIAN SYAIR IKAN TERUBUK

MAGIS DALAM SYAIR IKAN TERUBUK

1.0 LATAR BELAKANG SYAIR IKAN TERUBUK

     Salah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat melayu bengkalis,riau adalah kisah ikan terubuk.Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk . Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar 20 versi ,salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi .

    Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk ,salah satu jenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat ,untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama puyu-puyu dari kerajaan air tawar .Untuk mendapatkan putri puyu-puyu,ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar  .Namun mujur tak dapat diraih,malang tak dapat ditolak ,pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.

   Melalui buku ini,ulul azmi menunjukkan bahawa syair ikan terubuk merupakan karya sastra makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat bengkalis,khususnya di laut muara sungai siak.riau .Di samping itu,azmi juga menunjukkan bahawa karya sastra yang diciptakan pada abad ke -19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air,baik air asin mahupun ai tawar.

   Secara politiknya rangkaian syair ikan terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari penguasa lautan ,ikan terubuk,untuk menguasai daerah pendalam ,putri puyu -puyu .Jika ditarik pada konteks awal keberadaaan syair tersebut ,kita akan mengetahui bahawa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di wilayah Semenanjung Melayu ,yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari melaka,untuk menaklukan negeri-negeri di daerah pendalaman ,seperti pagar ruyung ,minang kabau dan negeri - negeri agraris lainnya

   SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN IKAN PUYU PUYU,syair kiasan atau alergori ysng mengisahkan percintaan anatara ikan.Menurut Overbecks ,syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu.Syair Ikan Terubuk dengan puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak melaka terhadap puteri siak yang tidak berhasil .Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran melaka terhadapSiak.Syair ikan terubuk dengan ouyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.D wALL 242 di Jakarta

Maksud syair mengikut rangkap:

rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismillah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran allah pentadbir sekalian alam semesta yang sentiasa memberi rahmat siang dan malam kepada setiap umat islam

rangkap 2 :
syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya)kerana bersedih.

rangkap 3:
sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka .Ikan Terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

rangkap 4:
Ikan Terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaannya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita

rangkap 5:
kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang mencuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkan iakn terubuk sentiasa terkenangkannya.

rangkap6:
puteri tersebut di kenali sebagai puteri puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah kolam(air tawar)

PANTUN NASIHAT

Tanam bunga di dalam pasu,
  Bunga melati bunga pandan
jangan ikut hawa nafsu
 Kelak nanti binasa badan

Burung tiung terbang tinggi
  Burung merpati mencari sarang
Kalau sombong meninggi diri
 Kemana pergi dibenci orang

TEMA;
Menasihati agar menjaga perakuan dan sentiasa memunasbahkan diri kemana sahaja kita pergi agar tidak dibenci orang

CIRI -CIRI PANTUN

  • PUISI INI PUISI PANTUN
  • JENIS PANTUN INI  PANTUN NASIHAT
  • MEMPUNYAI 4 BARIS SERANGKAP
  • 1 BARIS TERDAPAT 4-5 PATAH PERKATAAN 
  • BILANGAN SUKU KATA 8-9 SUKU KATA 
  • PANTUN TERIKAT 
  • RIMA AKHIR IALAH a,b,a,b

UNSUR ESTETIKA


  • Hiperbola:kemana pergi dibenci orang
  • Anafora:rangkap 2
         contoh:burung tiung terbang tinggi
                    burung merpati mencari sarang

  • inversi:ke mana pergi dibenci orang sepatutnya pergi kemana dibenci orang
  • asonansi: rangkap 1 baris 1
           (tanam bunga di dalam pasu)
           asonansi a ada 6 di dalam baris

  • Aliterasi : rangkap 2 baris 1
         (burung merpati mencari sarang)
          Aliterasi r ada 4 di dalam baris

  • rima akhir: a,b,a,b
  • jeda : tanam bunga,di dalam pasu
NILAI
  1. Nilai dalam rangkap 1 ialah nilai keinsafan ,menyedarkan manusia bahawa jangan mengikuti hawa nafsu apabila melakukan sesuatu
  2. Nilai dalam rangkap 2 ialah nilai kesedaran ,kemana sahaja kita pergi haruslah menjaga sikap dan tertib apabila bersama dengan individu lain.